Rasulullah
S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."
Dalam sebuah
kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada
hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah
satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada
Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku
menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya
Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan
berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai
rambut."
Dalam sebuah
kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan
didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang
sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan
menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari
itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat
diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi
menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik
sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan
nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api
neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan
berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku
(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan
berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api
neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya
dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak
orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak
orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun
dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril
berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad
S.A.W"
Kemudian
Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu
Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air
itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan
umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api
itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah
bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah
mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air
mata."
No comments:
Post a Comment